Usai ustaz membaca doa selepas bacaan Yasin, tiba giliran penulis untuk memberi sedikit pengisian pada hari Jumaat pertama 2014 ini. Walaupun pada kebiasaannya Ketua Panitia yang akan memulakan sesi tazkirah dahulu, namun penulis ditaklifkan oleh beliau untuk menjadi orang pertama menyampaikan tazkirah pada tahun ini. Penulis berpendapat, mungkin ini yang Allah takdirkan yang terbaik buat penulis..dapat berbicara awal bersama anak-anak ini. Penulis bersyukur.
Sebagai permulaan tahun baharu dan permulaan sekolah, penulis hanya berbicara tentang perkara-perkara asas sahaja kepada anak-anak didik agar mereka mudah untuk mempraktikkannya. Perkara yang penulis sentuh ialah rasa syukur kepada Allah, perbaharui niat dan menanamkan azam yang baik untuk tahun ini. Penulis teringat kata-kata orang bijak pandai yang dinukilkan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Joui dalam buku beliau Di Mana DIA di Hatiku?

"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya untuk BERUBAH, manakala orang yang gagal ialah orang yang BERUBAH kerana TERPAKSA.."Penulis berhajat untuk bercerita tentang alim ulama dahulu dalam menuntut ilmu, namun masa tidak mengizinkan. Moga ada kesempatan waktu yang lain untuk berbicara secara terbuka kepada anak-anak didik ini di waktu yang lain.
0 comments:
Post a Comment