Salam ukhuwwah! . Ini adalah sebuah diari kehidupan seorang hamba Allah yang bermusafir di bumi Allah untuk mencari nur dan hidayah-Nya dalam perjalanan menuju mardhatillah. Moga tinta ini memberi manfaat buat diri ini dan diri teman-teman pembaca dalam mencari redha Allah.

Saturday, January 24, 2009

Hope & Change!


Salam buat teman-teman seperjuangan..
Salam harapan..Salam perobahan...




Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan atas kemenangan yang Allah berikan kepada Pro Mahasiswa UM atas kejayaan memenangi 19 kerusi dalam pilihan raya kampus yang lepas, dan 2 kerusi daripada calon bebas. Kalimah keramat "Takbir- Allahu Akbar" berkumandang megah di Dewan Tunku Canselor pada 20hb Januari, lebih kurang jam3.30 pagi memuji dan mengagungkan Ilahi atas kejayaan yang dikecapi. Diiringi laungan "Student Power" dan "Hope & Change- Yes We Can!" menyemarakkan lagi DTC... Air mata pantas sungguh mengalir tanpa sempat di empang tanda syukur kepada Allah yang memberikan kemenangan. Islam sekali lagi bertahta di kampus perdana UM...


Mengimbau kembali perit dan jerih serta pengorbanan sahabat-sahabat seperjuangan sedari semester lepas hingga ke awal Januari ini, rasa kagum dengan tadhiyah sahabat-sahabat menyelinap dalam hati. Kagum kerana punya sahabat-sahabat yang punya keazaman dan semangat yang tinggi dalam menegakkan Islam dan kebenaran di bumi Malaya. Kagum dengan kebersamaan yang wujud antara ansarollah Pro Mahasiswa. Sudah pasti tentera-tentera Allah ini benar-benar faham akan aqidah perjuangan sehingga sanggup menyerahkan tenaga, harta dan masa untuk Islam. Allahu Akbar!


Potret-potret kenangan bergerak kerja bersama sahabat-sahabat menguntum dalam hati. Pilihan raya kampus kali ini banyak mengajar erti sabar, tawakkal dan pengorbanan. Kenangan berkempen bersama adik junior ana, sekarang ini YB Mohd Hafiz Ilyas sudah barang pasti tidak ana lupakan. Pilihan raya kampus ini adalah medan terbesar kita menguji tarbiyah dan melebarkan dakwah kepada mad'u. Bertemu mad'u yang punya pelbagai ragam dan kerenah mengajar kita mengenal manusia yang bernama mahasiswa.

(Oleh kerana ana terlibat secara langsung sebagai Fan Club Hafiz Ilyas, ana sempat upload beberapa keping gambar sepanjang kempen beliau)

Kempen di kafe Kolej 6th

Kempen di Kolej 5th

Habis kempen di Kolej 1st

Semangat berkempen!Fan Club Hafiz Ilyas menghias kereta

Gambar calon bersama wakil-wakil calon dan Fan Club semasa kempen di luar kampus


Kotak ingatan berputar pada malam pengumuman. Bermula dengan solat isya' dan munajat di dataran hadapan DTC, sehinggalah jam3 pagi. Dan bermulalah pengumuman yang merubah segalanya..Allah memberi kemenangan kepada Islam akhirnya. Semoga kemenangan ini bukan istidraj daripada Allah tetapi anugerah daripada-Nya untuk merubah suasana tarbiyah di kampus, insyaAllah.



Sekalung tahniah buat sahabat seperjuangan, saudara Mohd Ridzuan Mohamad, adik-adik ana, Mohd Hafiz Ilyas, Nurul Fitrah, Shahrizul Ayuni, Syazwan yang memenangi kerusi umum. Juga buat adik-adik ana: Mohd Aizat, Fadzil, Norzilah, Maryam dan lain-lain yang berjaya memenangi kerusi fakulti. Semoga kemenangan ini, menjadi peluang kepada kita untuk merancakkan lagi gelombang dakwah di kampus dan penerapan aspek tarbiyah kepada warga kampus.

Buat sahabat-sabahat seperjuangan yang lain, ingatlah sesungguhnya cabaran kita adalah untuk mengisi kemenangan ini. Semoga usaha kita ditingkatkan dan semangat jihad kita terus dikobarkan agar nur Islam menyelinap dalam setiap hati mad'u kita bukan setakat di kampus, bahkan di peringkat nasional. Jika Barrack Obama memasuki Rumah Putih pada 20 Januari 2009, maka Pro Mahasiswa mengembalikan keizzahan Islam di kampus pada pilihan raya kampus kali ini juga pada tarikh yang sama..20 Januari 2009. Ayuh, kobarkan semangat jihad terus mara teruskan perjuangan!!

Friday, January 2, 2009

Jihad Buat Kita


Semalam, surau Akademi Pengajian Islam sekali lagi menjadi tempat berkumpul mahasiswa-mahasiswa UM. Malam tadi adalah malam pertama selepas pembukaan semester baru dan juga tahun baru. Peristiwa pencerobohan dan kezaliman yang berlaku ke atas saudara-saudara seIslam di Palestin memberi telempias kepada mahasiswa UM, bahkan mahasiswa seluruh Malaysia. Malam munajat yang dianjurkan oleh PMIUM dan juga Pro Mahasiswa UM patut dipuji kerana membuktikan mahasiswa ini turut mengambil cakna isu-isu berkaitan umat Islam dan global.

Doa senjata umat Islam

Doa yang menjadi senjata umat Islam perlu diamalkan oleh seluruh umat Islam kerana kekuatan ruhiyah yang akan menjamin kemenangan dan pertolongan daripada Allah. Sudah seminggu umat Islam di Palestin dibedil dan terus diserang secara zalim dan ganas oleh rejim Zionis laknatullah. Apakah tiada terdetik di hati kita rasa marah dengan tindakan mereka? Apakah kita redha dan rela umat Islam di sana dihina dan perlakukan sedemikian rupa? Bangunlah kobarkan semangat jihad...Ringankan tubuh kita beribadah kepada Allah memohon pertolongan daripada-Nya. Qunut nazilah seperti yang disarankan, seelok-eloknya kita amalkan, moga-moga berkat doa seluruh umat Islam ini, mampu memberi kekuatan kepada pejuang-pejuang di Palestin untuk terus berjihad dan seterusnya melemahkan rejim zionis, dengan izin Allah, insyaAllah.


Selayang pandang nasib umat Islam Palestin untuk kita renungi dan hayati...

Israel tiada perikemanusiaan

Kanak-kanak menjadi mangsa

Suasana di Palestin

Ratusan yang terkorban


Semalam juga beberapa orang front mahasiswa menyampaikan pidato mereka berkaitan dengan isu Palestin dan juga jihad untuk pilihanraya kampus yang bakal menjelang bila-bila masa. Antara yang menyampaikan pidato ialah Mohd Ridzuan Mohamad (Duta Pro Mahasiswa UM), Ahmad Shahir (Mantan wakil MPMUM), Hilman Nordin (Pengerusi BBMN), Mohd Shazni Munir (wakil SMM), Muhamad Haafizudin (Presiden PMIUM, wakil Gamis), dan Norazali Zainudin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional dan Pro Mahasiswa UM).

Ya Allah
berilah pertolongan dan limpah rahmat-Mu
kepada saudara-saudara seIslam di Palestin
berilah kekuatan kepada mereka
terus berjihad di jalan-Mu

Ya Allah
dengan kasih sayang-Mu
berilah kemenangan kepada umat Islam
menghancurkan kezaliman
berilah syahid atau kemenangan kepada pejuang agama-Mu

Ameen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...