
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.



Petikan daripada laman Haluan Paletin, bertajuk 11 ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi, moga-moga bermanfaat:
Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul.
Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)
Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.
Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.
Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?” (Surah al-Baqarah: 91)
Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud: ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157)
Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)
Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Surah al-A’raf: 150)
Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).
Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili.
Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak.
INTI PATI
Bukti kekejaman Yahudi
1 Keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat suci.
2 Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
3 Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi, Allah menghukum mereka.
Oleh:Abdurrahman Haqqi



a penulis ingin merafakkan takziah buat kerabat di raja Johor atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar yang sudah hampir tiga dekad memerintah jajahan takluk Johor. Penulis juga turut berduka atas pemergiaan sultan. Sungguhpun tidak pernah ketemu, namun sebagai rakyat Johor pastinya pemergian orang besar dalam negeri dirasai juga. Mungkin berita kegeringan dan kemangkatan sultan agak lambat penulis ketahui. Jam enam petang hari Jumaat lepas, baru penulis tahu bahawa almarhum sultan gering. Lewat jam 11.30 malam baru penulis tahu bahawa Sultan Johor sudah pun mangkat selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor. Penulis mendoakan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai Allah hendaknya.
a dia tidak punya duit untuk membeli kasut baru. Lalu dihulurkan wang kepada saudara Aziz Desa agar dia dapat membeli kasut yang baru. Hanya perkongsian cerita, semoga segala peribadi yang baik yang ditonjolkan oleh orang lain dapat juga kita contohi.



”Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Esa. Dialah tempat bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan Dia setara dengan segala sesuatu pun”.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta kaum kerabat baginda, juga kepada para sahabat, dan seterusnya buat sekalian hamba yang menundukkan diri mereka kepada al-Khaliq, moga-moga sentiasa dalam lembayung rahmat-Nya.
Maka, tiadalah perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ini, tatkala jari-jemari ini menari-nari menekan papan kekunci, menitipkan sesuatu buat para pembaca, seterusnya mewarnakan kembali laman yang kian usang ini, lantaran tiada santapan minda untuk pembaca yang berkunjung sejak beberapa lamanya. Kemaafan jualah penulis pohonkan atas segalanya.
Adapun hampir sepurnama sudah mengikut ilmu hisab, penulis membiarkan laman ini kosong tanpa tamu pena, sedangkan pelbagai cerita jualah yang ingin penulis kongsikan bersama para pembaca. Cerita yang sedikit sebanyak terkandungnya pengajaran yang boleh kita petik sebagai panduan hidup akan datang. Sememangnya pengajaran dan pelajaran itu sentiasalah berlegar-legar dalam kehidupan kita sehari-hari, maka amat rugilah jika kita tidak melihat, merenung dan mengambilnya sebagai hikmah yang hilang.
Teringat penulis akan syair yang dikarang oleh Imam as-Syafi'e atas sebab cintanya yang begitu mendalam terhadap ilmu;
" Tidak patut aku bersikap ghairah terhadap sesuatu,
apabila aku tidak punya ghairah terhadap ilmu,
Bagaimana tidak, selama tiga puluh tahun,
ia merupakan pengubat hati, penenang otak
dan penyelamatku dalam duka cita..."
Begitu juga dengan cita-cita yang pernah diungkapkan oleh Ibn Hazm;
"Cita-citaku adalah ingin mendapatkan ilmu yang banyak. Lalu ilmu itu aku sebarkan ke seluruh pelusuk negeri ini. Aku juga akan menyeru orang-orang untuk mengikuti al-Quran dan hadis di saat kita lupa. Aku juga akan pergi ke seluruh pelusuk negeri ini untuk berjuang tidak kenal menyerah".
Terkesanlah hati penulis pada kata-kata itu sehingga penulis sendiri pun merenung dan mencari-cari di manakah hikmah itu tersembunyi di sebalik helaian kisah kehidupan dan berusaha juga mencari dan menyebarkan ilmu itu walaupun sedikit.
Adapun menurut ilmu hisab itu, tiga puluh hari itu bukanlah angka yang kecil jika dibandingkan dengan angka satu atau jua angka dua puluh sembilan. Maka apabila disandarkan tiga puluh hari pada peredaran bulan, sudah banyak kali bertukar fasanya, dari anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan purnama dan berputar semula sehingga bertemu semula dengan anak bulan. Maka untuk angka tiga puluh hari yang telah berlalu dalam diari hidup penulis itu, pastinya sudah banyak juga tercatatnya peristiwa-peristiwa yang mewarnai kehidupan ini, mungkin ada peristiwa yang menggembirakan, juga peristiwa yang membuat hati pilu, sedih, marah atau juga pelbagai lagi emosi lain yang banyaknya hasil tindak balas sistem saraf pada aktiviti dan tindakan serta persekitaran.
Namun, bukanlah hajat penulis ini untuk mencoret setiap aktiviti atau memberi maklum akan diari kehidupan penulis pada tiga puluh hari yang sudah. Penulis lebih suka menyaring dan memilih cerita yang pada kiraan penulis boleh memberi ingat dan diambil intipati pengajaran oleh pembaca berkenaan cerita atau peristiwa tersebut.
InsyaAllah untuk entri yang seterusnya akan penulis berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan kehidupan sebulan lalu, agar sedikit sebanyak dapat diambil iktibar. Adapun untuk entri pada kali ini, sukalah penulis berkongsi ilmu barang sedikit berkaitan keperluan sebagai penuntut ilmu yang sempat penulis baca karangan Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni, dalam buku beliau "Aku, Buku dan Cinta". Dalam buku beliau ada mengatakan bahawa Imam al-Mawardi menukilkan dalam kitabnya yang berjudul Adab al-Dunya wa al-Din;
"Ketahuilah setiap sesuatu yang diinginkan pasti memiliki penggerak dan penggerak itu ada dua macam; hasrat dan rasa takut. Seseorang penuntut ilmu, harus memiliki hasrat dan rasa takut; hasrat untuk mendapatkan pahala daripada Allah bagi orang yang mengharapkan keredhaan dan menjaga perintah-Nya, dan rasa takut daripada hukuman Allah bagi orang yang meninggalkan perintah dan memandang remeh ancaman-Nya.
Ketika hasrat dan rasa takut itu bersatu, ia akan membawa kita kepada kewujudan ilmu dan hakikat zuhud, kerana hasrat adalah pendorong terkuat untuk belajar dan rasa takut adalah penyebab utama dalam berzuhud.
Orang bijak pernah berkata:
"Inti dari ilmu adalah hasrat keinginan. Buahnya adalah kebahagiaan dan inti daripada zuhud adalah rasa takut."
Ketika ilmu disertakan dengan zuhud, maka sempurnalah kebahagiaan seseorang manusia dan kemuliaan pun akan dia perolehi. Dan bila mana keduanya tercerai berai, maka alangkah celakanya nasib seseorang manusia. Keduanya akan merosak bila terpisah. Alangkah buruknya bila kita memiliki salah satunya sahaja."
Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini mampu memberi kesan pada hati kita, melonjakkan rasa mahu, dan menggerakkan anggota kita untuk tindakan bagi memenuhi hasrat kita. Wallahu'alam.
p/s: Maka pastinya para pembaca tertanya-tanya mengapa gaya bahasa penulis ini, agak berlainan dari tulisan-tulisan penulis yang terdahulu. Adalah diceritakan bahawa gaya penulisan kali ini agak terpengaruh dengan bahan bacaan yang baru selesai penulis baca. Mungkin 0.0001% sahaja sama dengan gaya tulisan novel seorang penulis tersohor tanah air, Faisal Tehrani, karyanya “Ketupat Cinta”. Sungguhpun buku itu pada hakikatnya, sudah lama juga dalam simpanan penulis, iaitu sejak dibeli pada pesta buku yang lepas di PWTC Kuala Lumpur, sewaktu terserempak dengan Faisal Tehrani di pesta buku tersebut (29 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 25 April 2009) sehinggalah novelis itu selamat bergelar suami. Sudah sekian lama, baru kini juga sempat penulis cermati tulisan beliau.
Salam bahagia buat sahabat-sahabat yang telah melangkah ke alam rumah tangga, mengambil satu lagi sunnah Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Buat sahabat-sahabat perjuangan,ukhti Rabihah dan pasangannya,ukhti Noor Hanan dan pasangannya, akh Rahimi dan pasangannya, sahabat lama, Siti Nor Azrin dan pasangannya, juga tidak dilupa kepada junior penulis, akh Fahmi dan pasangan serta senior, ukhti Khairul Izza dan pasangannya, yang selamat diijabqabulkan dalam bulan Syawal ini. Banyak sekali berita gembira yang sampai ke pengetahuan penulis berkenaan sahabat-sahabat seperjuangan yang akan membina istana bahagia tidak lama lagi. Maka, penulis juga berasa gembira untuk menyampaikan ucapan salam bahagia buat semua bakal suami dan isteri yang akan melaksanakan sunnah Rasulullah itu pada tahun ini. Semoga melangkahnya kalian ke fasa seterusnya akan menumbuhkan benih-benih Islam dan seterusnya melahirkan generasi dakwah yang akan menyambung mata rantai perjuangan Islam kelak. Bertambahnya bilangan baitulmuslim ini, penulis mendoakan akan berkembangbiaklah mujtama’ muslim yang dapat menghayati nilai-nilai Islam dalam hidup seterusnya memudahkan jalan untuk pembinaan daulah Islamiyyah. Jutaan tahniah juga buat kakanda penulis sendiri, Nooranizah Ismail yang selamat melahirkan cahaya mata kembar pada 17 Ramadhan lepas, juga buat ukhti Noor Syuhada Mustafa dan ukhti Nurul Ainain yang juga selamat melahirkan permata berharga masing-masing pada Ramadhan dan Syawal ini. Buat pasangan sahabat seperjuangan penulis yang baru sahaja bergelar ibu dan ayah iaitu Fatin Nuraini dan Muhamad Haafizuddin, semoga zuriat yang lahir ini akan menjadi permata yang akan bersama-sama berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi ini.
Anak saudara penulis yang selamat dilahirkan pada 17 Ramadhan 1430H yang lalu