Komik "Perak Darul Kartun" yang bakal dilancarkan oleh Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 13 Disember 2009, di Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Klang, Kuala Lumpur adalah menyingkap pelbagai konflik dan polemik yang berlaku di negeri Perak. Komik ini juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Untuk info selanjutnya, anda boleh layari CartoonKafe.com (Klik di sini).











