Saturday, August 9, 2008
Its Time Begins
salam ramadhan karim buat sahabat-sahabat sekalaian..
terasa lama tak memncoret sesuaatu di ruangan ini. ucapan syukur tidak terhingga kepada Allah kerana diberikan kesempatan waktu untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada kali ini. pastinya Ramadhan kali ini membawa makna dan pengertian yang berbeza kerana usia yang meningkat dewasa dan pengalaman hidup yang ditempa selama hampir setahun berbanding pengalaman Ramadhan lepas. pastinya banyak cerita-cerita yang baru dikutip di pertengahan perjalanan hidup yang panjang ini. cerita-cerita yang mengajar erti hidup seorang hamba di hamparan bumi yang terbentang luas ini. terasa banyak lagi untuk dicoretkan pada ruangan ini tapi masa amat mencemburui. banyak lagi kerja-kerja yang memerlukan komitmen diri.
sempena bulan mulia ini, jambangan doa buat diri kita semua semoga diberi kekuatan iman untuk menambah manisnya iman dalam diri, indahnya perjalanan mencari nur Ilahi, asyiknya dalam naungan cinta hakiki...moga-moga keredhaan-Nya bakal kita kecapi...
Banyakkan amal, tingkatkan taqwa moga beroleh cemerlang yang tiada taranya dunia dan akhirat..insyaAllah
semoga Allah memberi kesempatan waktu yang lain untuk menyampaikan sesuatu dalam ruangan ini. bab puasa pun belum habis berbicara..moga ketemu lagi dalam tulisan mendatang.
sekian..
salam Ramadhan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment