
Hamba yang bermusafir mencari redha Ilahi


Semalam, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, mengesahkan RTM mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta. Sebabnya kerana lirik lagu itu dikatakan tidak sesuai dan kasar.
"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar…"
Lagu itu merupakan satu daripada lapan lagu puisi Dr. Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar’ nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.
Saraf-saraf di otak penulis berputar ligat. Apa sebenarnya lirik lagu tersebut yang dikatakan tidak sesuai dan keras? Penulis terus membaca…
Antara lirik yang penulis dipetik daripada akhbar tersebut…
“Ya telah kaya para pendusta,
syarat mereka lupakan Yang Esa,
harta rakyat semua disebat,
harta awam semua dibekam,
hukum syaitan mereka bertuhan..”
Jika lirik tersebut menyelewengkan aqidah atau ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya penulis bersetuju diharamkan. Penulis masih bingung, apakah kerana liriknya terkena batang hidung orang yang mengharamkan atau menjaga kepentingan orang di sekilingnya? Memang jika dicermati lirik lagu ini bersifat telus sebab penggunaan bahasanya bukanlah berbunga-bunga atau menggunakan kaedah bahasa yang sastera, tapi isinya jelas berkaitan gejala rasuah yang melanda masyarakat kita hari ini. Dalam masa sekarang pun kerajaan memang sedang berusaha ke arah itu seperti yang diuar-uarkan (wallahu ‘alam).
Penulis terus berfikir, apakah yang sedang melanda masyarakat hari ini? Buat penggerak dakwah Islam, teruslah berdakwah moga nur Islam menyinari bumi ini..






Kita bukan sahaja perolehi ilmu daripada guru semata-mata, bahkan anak kecil juga mampu menjadi guru. namun hari ini, kesilapan paling besar kita ialah apabila kita belajar tapi kita tak amalkan. kita hayati apa yang kita dapat. bahkan paling sedih bila kita belajar (dalam konteks P & P) kerana segulung ijazah. Teringat ketika program Minggu Haluan Siswa sewktu di Nilam Puri, Prof. Abd Aziz yang waktu itu adalah Pengarah APIUM pernah mengatakan bahawa betulkan niat kita menuntut ilmu iaitu untuk mencapai redha Allah. Itulah perkara paling utama. Andai kita menjejakkan kaki ke universiti hanya semata-mata segulung ijazah, maka kita akan dapat ijazah sahaja. Namun, jika niat kita kerana Allah, insyaAllah kita mampu amalkan ilmu yang kita dapat ke arah meraih redha Allah. Kita ini membawa panji-panji Islam yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Maka perkara pertama adalah membetulkan niat belajar kita. Teringat hadith nabi berkaitan niat ini. "Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat..". 


Pada pihak orang Kristian Mesir pula menyedari bahaya kenaikan Salahuddin, lalu meminta bantuan dari negara-negara Eropah. Pada waktu itu tentera-tentera Salib dari negara-negara Eropah seperti Perancis, Jerman, England dan Itali telah bergabung tenaga dengan tentera Byzantine untuk menyerang Mesir. Bagi pihak Mesir pimpinan Salahuddin mendapat sokongan padu daripada Nur al-Din di Syria. Sekumpulan armada Byzantine dan tentera laut dari Itali muncul di perairan Damietta. Salahuddin meminta bantuan daripada Nur al-Din. Nur al-Din mengirim tentera bantuan pimpinan bapa Salahuddin. Dalam peperangan ini tentera Salib pimpinan Amaury terpaksa menarik diri dan membuat perjanjian damai dengan membayar wang ufti kepada Salahuddin. Pada 566 H/1171 M peperangan bermula semula. Pada tahun inilah Salahuddin menawan bandar Hulwan. Pada tahun berikutnya Nur al-Din mengisytiharkan Mesir sebagai wilayah pemerintahan Abbasiyah. Tidak lama kemudian, Khalifah al-Adid meninggal du-nia. Dengan itu maka berakhirlah pemerintahan Fatimiyyah di Mesir. Sebaik sahaja tentera Salib menarik diri dari Damietta (Dimyat), Salahuddin membuat persiapan untuk menyerang Palestin. Pada 1172 M beiiau menyerang pelabuhan Aylan di pantai Laut Merah sebagai merintis jalan ke Palestin. Setelah itu Nur al-Din meminta bantuan daripada Salahuddin untuk menyerang kubu pertahanan tentera Salib di Kerak dan Shawbak yang terletak di timur Jordan, tetapi permintaan ini tidak dapat dipenuhi oleh Salahuddin kerana beiiau tepaksa pulang bagi memadamkan api pemberontakan di Mesir. Apabila Nur al-Din meninggal dunia pada akhir tahun 569 H/1174 M tempatnya diganti oleh anaknya Ismail Malik al-Salih. Oleh sebab usianya masih kecil (11 tahun) kekuasaan dipegang oleh penasihat-penasihatnya. Mereka ini kurang yakin terhadap Salahuddin lalu mencari jalan untuk mendapatkan pertolongan daripada tentera Salib[ibid hal.227]. Akan tetapi Salahuddin cepat sedar lalu menyerang Syria dan berjaya menawan Hims.Orang yang BERJAYA ialah orang yang memaksa dirinya untuk BERUBAH, manakala orang yang GAGAL ialah orang yang berubah kerana TERPAKSA.
